Arkib Blog
26 April 2010
Peringatan buat diri ini yang selalu alpa...
Dalam hidup ini, apa sahaja yang kita lakukan mesti ada orang yang suka dan mesti ada orang yang tidak suka. Tapi bila majoriti orang benci kita, kita mesti muhasabah diri kita sebab ada sesuatu yang tak kena pada kita kalau majoriti orang benci kita. Mungkin juga tindakan kita tak disukai orang...
Apabila seseorang meminta pertolongan dengan kita, bantulah dia dengan seikhlas hati, jangan harapkan apa-apa balasan.Biarkan sama ada dia hargai pertolongan kita atau tidak. Berdoalah pada-Nya agar suatu hari nanti dia hargai pertolongan kita. Janganlah kita ungkit pertolongan kita. Nampak seperti kita tak ikhlas menolong, seperti ada udang di sebalik batu kita menolongnya.
Seandainya sahabat, teman atau kawan kita telah lakukan kesilapan, tegurlah dia secara berhikmah. Mungkin dia secara tidak sengaja lakukan kesilapan. Tiada manusia yang tidak pernah buat silap. Apatah lagi kita yang penuh dengan dosa-dosa ini.
Kadang kala dalam perhubungan sesama manusia timbulnya konflik.Biasalah. Apabila timbulnya konflik, carilah jalan penyelesaian. Bukan mencari siapa betul siapa salah. Duduklah berbincang untuk cari jalan penyelesaian. Konflik takkan selesai secara aman kalau tak berbincang, kalau hanya kita luahkannya di diari kita. Bimbang konflik akan bertambah teruk jika tidak duduk berbincang. Ibarat gunung berapi yang aktif, begitulah konflik. Sampai satu ketika ia akan meletup.
Apabila kita rasa kita kaya, ada segala-galanya, percayalah ada orang yang lagi kaya dari kita. Malah Dia lagi kaya berbanding dengan seluruh manusia di dunia ini. Apabila kita rasa kita bijak, percayalah ada orang yang lagi kaya dari kita. Malah kalau digabungkan seluruh ilmu di dunia ini tidak mampu menandingi ilmu yang ada pada Dia. Kita hanya meminjam dari-Nya. Tak perlulah kita rasa bangga dengan apa yang kita ada. Hanya sekelip mata Dia boleh rampas kalau itu yang Dia inginkan

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
dude...ko tulis pasal diri kau ker?...Alhamdulillah...bagus la ko da sedar...(^_^)...macam ni la kawan...:p
white Tulipz, aku buat 2 in 1. untuk aku dan untuk semua orang =)
Catat Ulasan